BUKAN SEKADAR SERVIS DESIGN & PRINTING

Kami ingin pastikan brand anda pergi lebih jauh

Untuk kekal lama dalam bisnes, orang bisnes WAJIB utamakan BRANDING. Ianya antara perkara paling penting dalam marketing.

Dengan BRANDING, produk anda akan pergi lebih jauh daripada biasa.
Dengan BRANDING, bisnes anda akan nampak unik di mata pelanggan.
Dengan BRANDING, bisnes anda boleh kekal lama dalam industri.

Lihat saja brand-brand popular di sekeliling anda, lihat bagaimana boleh kekal dalam industri walaupun ekonomi teruk, walaupun pesaing pancung harga lebih rendah. Pelanggan tetap pilih mereka.

BAGAIMANA KAMI BOLEH BANTU ANDA?

Design Yang Catchy

Kami pastikan design yang dibuat betul-betul nampak professional dan menarik minat sesiapa yang melihatnya. Kami kaji style design brand-brand international untuk sentiasa up-to-date.

Kualiti Printing 5 Star

Lebih tinggi kualiti packaging produk anda, lebih tinggi pelanggan anda pandang brand anda. Lebih jauh brand anda akan dikenali.

Tips & Tutorial Percuma!

Ini salah satu inisiatif kami untuk membantu anda lebih mahir dalam selok belok branding bisnes. Kami sediakan sekurang-kurangnya 1 tips atau tutorial setiap minggu untuk anda.

PORTFOLIO DESIGN & PRINT

SENARAIĀ PRODUK & SERVIS

Ya? Anda cari servis apa?

Dari servis design & printing yang biasa-biasa hinggalah yang pelik-pelik dan jarang dengar, semuanya boleh dibuat di Kiz Print.

KATEGORI PAPER PRINTING

KAD NAMA

Keperluan WAJIB orang bisnes, tiada kad nama ibarat tiada bisnes. Juga dikenali sebagai business card.

Flyers

Masih ramai orang bisnes yang menggunakan medium flyers untuk marketing. Trust us, marketing flyers masih power lagi.

BROCHURES

Lebih kurang sama seperti flyers, cuma bezanya brochures boleh dilipat 2 atau 3. Juga dikenali sebagai phamplet.

Sticker Biasa

Setakat ini, kami telah siapkan lebih 2 juta tempahan sticker untuk pelbagai jenis produk.

Sticker Transparent

Lebih kurang sama seperti sticker biasa, bezanya pada background yang boleh nampak ke belakang.

Sticker Kalis Air

Khas untuk yang akan tampal sticker pada produk jenis basah seperti kuih frozen dan sebagainya.

Sticker Cermin Kereta

Ini jenis sticker yang biasa ditampal dari dalam cermin depan kereta. Contohnya perasan tak selepas servis kereta, akan ada sticker ditampal untuk next km servis?

KAD KAHWIN

Untuk dijadikan sebagai jemputan buat tetamu perkahwinan anda. Pastikan anda tempah 2-3 bulan awal untuk elak sebarang masalah.

Letterhead

Biasanya ditempah oleh syarikat besar yang ingin pastikan setiap dokumen seragam dengan letterhead syarikat mereka.

KATEGORI EXTRAS

Banner

Biasa digunakan jika ada event besar, ataupun untuk digantung di depan kedai. Harga dikira mengikut kaki persegi.

Bunting

Sama seperti bunting, cuma bezanya bunting biasanya menegak dan banner melintang. Biasanya digantung pada tiang lampu jalan.

Button Badge

Siapa tak kenal button badge betul tak? Jangan pandang rendah, ianya sangat banyak kegunaan. Kami pernah terima 1000pcs tempahan untuk event.

Rubber Stamp / Chop

Orang bisnes dan chop berpisah tiada. Sangat penting untuk urusan rasmi dan sebagainya.

TQ TAG

Biasanya ditempah oleh orang yang bakal mengadakan majlis. Untuk digantung pada doorgift. Biasanya saiz 3cm – 5cm,

Buku Resit

Orang bisnes yang buat servis atau ada pelaggan walk-in biasanya perlukan buku resit. Contohnya orang buat servis aircond.

KATEGORI PREMIUM

Kotak Packaging Produk

Mahu produk anda nampak lebih gak dan exclusive? Anda wajib ada kotak packaging sendiri. Brand anda akan nampak lebih POWER!

Paperbag

Biasanya bisnes yang ada kedai/butik sendiri pasti perlukan paperbag untuk diberikan kepada pelanggan yang beli dikedai mereka

SAMPUL RAYA

Biasanya ditempah 1-2 bulan sebelum puasa, untuk diberikan kepada pelanggan yang datang membeli pada bulan ramadhan.

KATEGORI ‘JARANG DENGAR’

Stall/Booth Lipat

Anda biasa join event? Pasti anda selalu nampak benda ni, ia membuatkan booth anda nampak menarik. Dan paling best, mudah cabut & pasang.

Custom Notebook

Custom notebook sesuai untuk dijadikan hadiah ataupun premium gift untuk acara penting dan sebagainya. Boleh tempah serendah 1 pcs.

Kalendar

Biasa ditempah pada hujung tahun untuk diberikan kepada pelanggan setia anda. Salah satu cara untuk menghargai pelanggan.

Custom Made Planner

Ramai orang bisnes suka kan planner untuk lebih mudah merancang task bisnes. Biasa ditempah pada hujung tahun.

MEMBERSHIP CARD

Kad jenis keras dengan nombor siri. Biasanya diperlukan oleh owner bisnes yang mempunyai ramai pelanggan berulang.

MASKOT STAND

Maskot yang dibuat menggunakan foam board, kemudian diletakkan pada penyandar. Sesuai diletakkan dihadapan kedai/premis.

JEMPUT SINGGAH KEDAI KAMI

Tak biasa tempah secara online? Datang terus ke kedai kami di seksyen 7 Shah Alam.

 

Kiz Print,
No 32G, Jalan Kristal K7/K, seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi : 10am-7:45pm (ahad tutup)

Hubungi : 03-5524 7739