Sticker Label Produk

NAMPAK KECIL TAPI IMPAKNYA BESAR!

Jangan pandang rendah dengan sticker, nampak kecil tapi ianya boleh memberikan impak yang besar pada bisnes anda. Brand besar mahupun kecil, hampir semuanya perlukan sticker untuk beri kelainan pada produk masing-masing.

Stiker adalah ibarat batang mancis, walaupun kecil tapi mampu membakar sebuah bangunan (maaf atas analogi yang agak negatif).

Dengan adanya sticker ditampal pada produk anda, pelanggan boleh buat keputusan samaada nak beli produk anda ataupun pesaing.

Walaupun ada yang mengatakan “dont judge a book by its cover”, kita semua tahu yang kita “do judge a book by its cover”. Betul tak?

So jika anda mahu produk anda STAND OUT berbanding pesaing, sticker will do the trick. Dan penting untuk pastikan sticker anda paling cantik & bergaya di mata pelanggan.

Itu sebabnya kami di Kiz Print bertungkus lumus untuk membuat design paling tercantik untuk anda!

Kelebihan Tempah Stiker Dengan Kiz Print

Siap Sangat Pantas!

Bak kata orang putih, “time is money”. Ya kami sangat menghargai masa anda jadi kami siapkan tempahan anda secepat yang mungkin.

Design Yang Memukau

Tak perlu pening-pening fikir design, kami sediakan berpuluh template design yang proven dapat menarik perhatian pelanggan anda untuk beli produk anda.

Low Cost, High Quality

Ramai orang bisnes terlalu kejar kos print murah hingga lupa kualiti. Di Kiz Print, kami pastikan kualiti sticker yang anda dapat yang terbaik pada kos paling minimum.

Tidak Mudah Tertanggal

Ada sesetengah tempat yang menggunakan kualiti gam yang murah hingga menyebabkan stiker mudah tercabut apabila ditampal. Di Kiz Print, kami jamin lekatan tidak mudah tertanggal.

Boleh Kena Air

Ink printing yang kami gunakan adalah jenis import dari jepun, jadi ianya sangat berkualiti tinggi. Sticker anda tidak akan mudah rosak jika terkena air.

Namun tidak sesuai jika terlalu banyak kena air. (dicadangkan tempah sticker kalis air untuk jenis produk basah)

Pelbagai Pilihan Jenis Sticker

Anda boleh pilih jenis sticker yang sesuai dengan produk anda. Kami ada sticker mirrorcote (biasa), sticker transparent, kalis air dan juga sticker untuk cermin kereta.

Lihat Antara Hasil Sticker Dari Kiz Print

Bermula dari tahun 2014 hingga sekarang, kini Kiz Print telah membantu siapkan lebih 2,784,500 sticker ke seluruh Malaysia.

Dan kami sentiasa komited untuk membantu lebih ramai usahawan seperti anda.

Proses Tempahan Yang Pantas & Sistematik

Untuk memastikan tempahan disiapkan tepat pada masa dan dalam masa yang sama menepati kualiti yang dijanjikan, kami menggunkan sistem tempahan yang sangat tersusun.

Setiap proses dibuat oleh orang yang berbeza, daripada yang mengambil tempahan, design, print hinggalah ke proses pembungkusan.

Pilih Jenis Sticker Yang Anda Mahu

Di Kiz Print, kami menyediakan 4 jenis sticker paling popular supaya anda boleh pilih jenis sticker yang paling sesuai dengan produk anda. Setiap jenis ada kelebihan tersendiri.

1. Mirrorcote Sticker

Jenis sticker paling banyak digunakan untuk produk, ini kerana harganya yang murah dan just nice untuk yang baru bermula.

Kelebihan

  • Kos yang murah – serendah RM25 untuk 100pcs.
  • Boleh kena air tapi tidak sesuai jika terlalu banyak kena air
  • Kualiti warna yang cantik

Kekurangan

  • Tidak sesuai untuk produk basah seperti kuih frozen, etc.

2. Transparent Sticker

Sesuai untuk yang mahukan produk nampak exclusive, hipster, stylo ataupun lain dari yang lain. Walaupun harga sedikit mahal berbanding mirrorcote, tapi ianya sangat berbaloi.

Kelebihan

  • Produk anda akan lebih menyerlah kerana lain dari yang lain
  • Anda boleh naikkan harga lebih tinggi kerana produk anda akan nampak berkualiti tinggi.

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal berbanding sticker biasa.

3. Sticker Kalis Air

Adakah produk anda jenis basah atau banyak melibatkan air? Jika ya, kami cadangkan anda pilih sticker kalis air kerana sticker jenis lain tidak cukup kuat untuk menahan sticker dari rosak bila terkena air.

Contoh seperti gambar dibawah, beliau menjual air jagung dimana botol tersebut sentiasa berada di dalam balang yang penuh dengan ais.

Beliau sangat berpuashati dengan hasil sticker kalis air dari kiz print. Setiap bulan wajib repeat order apabila stok habis.

Kelebihan

  • Dijamin 100% takkan rosak bila terkena air
  • Kualiti warna jauh lebih cantik berbanding sticker lain.
  • Produk anda akan nampak exclusive

Kekurangan

  • Errr, tiada rasanya.

4. Sticker Cermin Kereta

Ini sticker khas untuk yang ingin lekatkan sticker pada cermin kereta tanpa merosakkan cermin kereta apabila dicabut.

Bayangkan sticker untuk kawasan perumahan ataupun sticker yang ditampal selepas kereta anda siap diservis.

Kelebihan

  • Cermin tidak rosak apabila dicabut nanti.
  • Sticker mudah cabut dan tampal
  • Warna sticker tidak akan pudar

Kekurangan

  • Harga sedikit mahal berbanding sticker biasa.

Sudah Ada Idea Nak Sticker Yang Mana?

Jom lihat senarai harga untuk setiap jenis sticker di kiz print.

Harga Sticker Mirrorcote

Kuantiti 3cm 4cm 5cm
50 23 33 39
100 25 35 57
500 41 59 104
1000 60 90 129

*Kuantiti anda mahu tiada dalam jadual? Whatsapp kami untuk harga sekarang.

*Untuk harga saiz yang lebih spesifik, contohnya saiz 2.5cm x 4cm – Whatsapp kami untuk harga.


**Durasi proses merujuk kepada proses printing, bermakna selepas design disahkan.

Harga Sticker Transparent

Kuantiti 3cm 4cm 5cm
50 56 59 60
100 57 60 64
500 86 91 100
800 101 107 126
1000 116 122 148
3000 242 254 334
4000 308 324 315
5000 328 345 385

*Untuk harga saiz yang lebih spesifik, contohnya saiz 2.5cm x 4cm – Whatsapp kami untuk harga.

**Durasi proses merujuk kepada proses printing, bermakna selepas design disahkan.

Sticker Kalis Air

Kuantiti 3cm 4cm 5cm
50 57 60 64
100 60 64 67
200 71 75 81
300 79 83 92
400 86 91 100
500 95 100 113
600 98 103 122
700 106 111 137
800 113 119 145
900 121 127 157
1000 131 138 172
1500 169 178 229
2000 207 218 285
3000 282 297 399
4000 296 312 430
5000 322 339 466

*Untuk harga saiz yang lebih spesifik, contohnya saiz 2.5cm x 4cm – Whatsapp kami untuk harga.


**Durasi proses merujuk kepada proses printing, bermakna selepas design disahkan.

Sticker Cermin Kereta

Disebabkan terlalu banyak jenis & variasi saiz dan mengelakkan salah faham tentang harga, mohon whatsapp kami untuk dapatkan harga.

Untuk memudahkan anda, berikut info yang anda perlu tahu sebelum membuat tempahan sticker cermin kereta.

1. JENIS STICKER CERMIN KERETA

A. Face In

Bermaksud sticker tersebut akan ditampal dari bahagian dalam cermin kereta untuk dilihat dari dalam. Bayangkan sticker yang ditampal didalam kereta anda selepas membuat servis kereta.

B. Face Out

Juga ditampal dari bahagian dalam cermin kereta, cuma bezanya ia adalah untuk dilihat dari luar.

Bayangkan stiker kawasan perumahan atau sticker McD. Dari dalam hanya nampak kosong sahaja.

C. Both Side Face

Ini pula gabungan face out & face in, boleh dilihat dari dalam dan dari luar juga.

Boleh juga buat nampak design lain untuk dari luar dan design lain untuk dari dalam.

 

2. SAIZ STICKER CERMIN KERETA

SAIZ A 54 x 89 mm
SAIZ B 110 x 90mm
SAIZ C 115 x 120mm
SAIZ D 130 x 170mm
SAIZ E 165 x 90 mm
SAIZ F 220 x 90 mm
SAIZ G 104 x 420 mm
SAIZ H 310 x 445 mm

TEMPAH SEKARANG!.

Lebih 5433 Usahawan Seperti Anda Telah Membuat Tempahan Design & Printing di Kiz Print. Gerenti Puas Hati Punya Lah!

Jaminan 100% Wang Dikembalikan Untuk Setiap Tempahan di Kiz Print. Biar Kami Tanggung Risiko Anda!